Bursa Kripto Gergasi FTX Berjaya Ungguli Binance, Pembelian Voyager Digital Dicapai!

175

Pada hari ini kita menyaksikan perseteruan antara bursa kripto gergasi iaitu FTX, Binance dan CrossTower dalam ingin memperoleh aset pemberi pinjaman kripto Voyager Digital. Pada sebelah petang tadi telah berlaku acara penutup bida-membida dalam kalangan mereka.

Berdasarkan perkembangan terkini, bursa pertukaran kripto FTX A.S. akhirnya mengungguli bidaan berbanding pemain industri yang lain untuk memenangi aset pemberi pinjaman kripto yang muflis Voyager Digital. FTX pada awalnya berhadapan situasi sukar berikutan penyertaan Binance yang dimana mendahului bidaan pada minggu lalu.

Waima begitu, Voyager Digital akhirnya terjual pada hari ini iaitu 26 September, perjanjian itu telah bernilai kira-kira $1.4 bilion. Ini termasuk nilai $1.3 bilion bagi semua mata wang kripto pada ketika ini dengan Voyager Digital serta $110 juta “pertimbangan tambahan”.

Dengan ini, pelanggan Voyager Digital dapat memindahkan aset mereka ke platform FTX A.S. Pemberi pinjaman kripto yang bermasalah itu berkata bahawa mereka akan membentangkan perjanjian pembelian kepada mahkamah bulan hadapan pada 19 Oktober.

Berita pembelian ini telah mendorong lonjakan kecil bagi Voyager Token (VGX), menolak harga token kepada $0.75 sebelum jatuh semula kepada sekitar $0.7.

Jika mahkamah meluluskan pengambilalihan itu, FTX dilaporkan berhasrat untuk mengaktifkan dan menjalankan operasi Voyager secepat mungkin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat