Bursa Lanjutkan Lonjakan Keuntungan Pada Dagangan Pertengahan Minggu

129

Sesi dagangan Bursa Malaysia mempamerkan lanjutan keuntungan yang diperolehi semalam untuk dibuka tinggi hari ini hasil sokongan pada sektor perbankan.

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.78 mata pada 1,443.59 daripada penutupan hari Selasa pada 1,440.81.

Indeks dibuka kukuh 1.76 mata pada 1,442.57.

Di pasaran meluas, kaunter rugi pada 234 mengatasi kaunter untung pada 187, manakala 241 kaunter pula tidak berubah, 1,561 tidak didagangkan dan 7 digantung.

Jumlah perolehan pada 353.47 juta unit bernilai RM157.75 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng dalam notanya menjangkakan momentum belian akan kekal namun mungkin dihadkan dengan penurunan harga minyak sawit mentah.

Rentetan itu, firma tersebut meramalkan KLCI berlegar dalam julat 1,430-1,450 pada hari ini.

Sementara itu, tumpuan hari ini juga akan tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan kenaikan kadar.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Public Bank capai 5 sen pada RM4.46, CIMB naik 6 sen pada RM5.11, Malayan Banking Bhd (Maybank) tambah 3 sen pada RM8.64 dan IHH Healthcare Bhd lonjak 2 sen pada RM6.42.

Petronas Chemicals Group Bhd susut 14 sen pada RM8.98, Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 3 sen pada RM7.99 dan Hong Leong Bank Bhd kurang 20 sen pada RM20.42.

Saham aktif memperlihatkan Ekovest Bhd naik 1 sen pada 41.5 sen, Vinvest Capital Holdings Bhd tambah 1.5 sen pada 19 sen, Serba Dinamik Holdings Bhd dan Datasonic Group Bhd masing-masing lonjak 0.5 sen pada 8.5 sen dan 45.5 sen.

Sapura Energy Bhd kekal pada 4.5 sen, Hibiscus Petroleum Bhd kurang 7 sen pada 93 sen dan KNM Group Bhd jatuh 0.5 sen pada 12 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengumpul 10.90 mata pada 10,254.41, indeks FBMT 100 memacu 13.70 mata pada 10,007.70 dan FBM ACE menambah 15.26 mata pada 4,662.23 sementara indeks FBM Emas Shariah mengurang 15.22 mata pada 10,350.91 dan FBM 70 menyusut 5.77 mata pada 12,301.79.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 67.45 mata pada 16,151.63, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.65 mata pada 179.30 dan indeks Perladangan mengurang 4.87 mata pada 6,810.51.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat