Bursa Macam Hidup Segan, Mati Tak Mahu Saja Pada Hari Ini

181

Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan hari kedua minggu ini dengan pembukaan yang ‘okay-okay’ sahaja apabila sentimen berhati-hati memenuhi pasaran selepas Wall Street berakhir lemah.

Ketika jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.07 mata pada 1,501.50 daripada penutupan Isnin pada 1,501.57.

Indeks dibuka baik 0.79 mata pada 1,500.78.

Di pasaran meluas, kaunter untung pada 148 mengatasi kaunter rugi pada 119, manakala 184 kaunter pula tidak berubah, 1,881 tidak didagangkan dan 53 digantung.

Jumlah perolehan pada 153.77 juta unit bernilai RM60.59 juta.

Ulas Nota Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran kekal berhati-hati memandangkan Federal Reserve (Fed) terus bernada hawkish dalam perlaksanaan kenaikan kadar faedahnya.

Dalam pada itu, pasaran tempatan menjangkan kenaikan kadar polisi semalaman (OPR) selepas bacaan inflasi Julai meningkat ke paras tertinggi 14 bulan semalam.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan  Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 2 sen pada RM8.92 dan CIMB turun 2 sen pada RM5.38, IHH Healthcare Bhd junam 3 sen pada RM6.31, Public Bank Bhd tambah 1 sen pada RM4.64 dan Petronas Chemicals Group Bhd naik 9 sen pada RM8.99.

Saham aktif memperlihatkan Vortex Consolidated Bhd kumpul 1 sen pada 19 sen dan Bumi Armada Bhd capai 1 sen pada 42.5 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) lonjak 1.5 sen pada 86.5 sen dan Agmo Holdings Bhd tambah 1 sen pada 93.5 sen sementara AHB Holdings Bhd kekal pada 13 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 15.08 mata pada 10,640.58, indeks FBMT 100 menambah 14.13 mata pada 10,391.0, FBM 70 memacu 76.27 mata pada 12,699.93, FBM ACE melonjak 17.09 mata pada 4,898.89 dan indeks FBM Emas Shariah Index mencanak 30.23 mata pada 10,763.57.

Segi sektor, indeks Perladangan menambah 0.70 mata pada 7,107.07, indeks Produk dan Perkhidmatan melonjak 0.75 mata pada 183.67 dan indeks Tenaga mencanak 11.47 mata pada 734.57 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan mengurang 17.23 mata pada 16,705.16.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat