Bursa Malaysia ‘Berduka’ Menjelang Penutupan Tirai Dagangan Minggu Ini

555

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada sesi dagangan hari ini berikutan indeks penanda aras susut 0.8% selepas 10 minit dagangan beroperasi.

Impak tersebut didorong oleh tekanan penjualan saham wajaran tinggi yang terpilih, khususnya oleh IHH Healthcare dan PPB Group Bhd.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.26 mata kepada 1,526.36 berbanding 1,527.62 sewaktu ditutup pada Khamis.

Menerusi laporan Bernama, indeks pasaran diniagakan 0.59 mata lebih tinggi pada 1,528.21.

Dalam pasaran yang menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 243 berbanding 184. Manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,538 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 330.53 juta unit bernilai RM179.49 juta.

Malacca Securities mengatakan bahawa KLCI diharap dapat membina keuntungan pada sesi sebelumnya dengan tumpuan ketika ini lebih terarah kepada pemulihan ekonomi.

Sektor teknologi dijangka bakal meningkat susulan Nasdaq yang dilihat terus pamerkan prestasi positif.

Firma broker menyatakan bahawa dengan harga minyak mentah yang lebih kukuh disebabkan oleh bekalan yang terhad dan peningkatan permintaan akan membantu meningkatkan sektor tenaga.

Melihat kepada saham wajaran tinggi, IHH Healthcare susut tujuh sen kepada RM5.73 sen, PBB Group menjunam 26 sen kepada RM18.24, MISC Bhd turun enam sen kepada RM6.81, Petronas Dagangan merosot 26 sen kepada RM18.60 dan Hong Leong Financial Group jatuh 22 sen kepada RM17.62.

Manakala, Maybank naik dua sen kepada RM8.06, Public Bank naik satu sen kepada RM4.03, TNB meningkat tiga sen kepada RM9.77 dan Petronas Chemicals tidak berubah kepada RM8.08.

Bagi saham aktif, Hwa Tai Industries melonjak 13.5 sen kepada RM1.07, YBS International naik dua sen kepada 53.5 sen, Pasukhas naik setengah sen kepada 11 sen, Lambo Group meningkat enam sen kepada 31 sen, BCM Alliance menokok 3.5 sen kepada 13 sen dan Kanger International turun setengah sen kepada tujuh sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 3.28 mata kepada 11,191.68, Indeks FBMT 100 naik 1.69 mata kepada 10,889.45 dan FBM ACE meningkat 21.64 mata kepada 7,403.80.

Indeks FBM Emas Shariah naik 2.68 mata pada 12,324.67 dan FBM 70 melonjak 43.87 mata kepada 14,728.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 4.82 mata kepada 14,889.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.07 mata kepada 190.18 dan Indeks Perladangan merosot 4.81 mata kepada 6,283.66.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat