Bursa Malaysia Catat Aliran Positif Pada Sesi Awal Dagangan

120

Sesi dagangan hari ini dimulakan dengan aliran positif indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dengan peningkatan 0.14% dipengaruhi oleh beberapa pembelian saham Tenaga Nasional dan Genting.

Pada 9.06 pagi, FBM KLCI naik 2.32 mata kepada 1,607.08 manakala jumlah dagangan 107.01 juta unit bernilai RM45.52 juta.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung 99 mengatasi kaunter rugi 79 dan 154 kaunter tidak berubah.

Nikkei Jepun meningkat 0.1% manakala niaga hadapan E-Mini untuk S&P 500 susut 0.13%.

Bagi bursa tempatan, Tenaga dan Petronas masing-masing meningkat 12 sen kepada RM13.96 dan RM16.06. Genting Malaysia (GenM) naik lima sen kepada RM3.23 manakala Genting Bhd naik 6 sen kepada RM6.24.

Antara saham yang mengalami penurunan adalah Hartalega sebanyak 10 sen kepada RM4.93, MISC turun 11 sen kepada RM7.11 dan Public Bank susut 6 sen kepada RM21.22.

Pemotongan kadar faedah oleh bank-bank pusat Asia Pasifik telah menimbulkan kebimbangan terhadap kemelesetan global dan ia mendorong kepada kenaikan harga emas melepasi US$ 1,500 untuk kali pertama sejak 2013. Emas dilaporkan naik kepada US$1,510 per auns daripada US$1,503.56.

Indeks FBM Emas catat peningkatan 24.52 mata kepada 11,383.92, FBMT 100 bertambah 19.99 mata kepada 11,215.60 dan FBM Emas Shariah 36.77 mata kepada 11,872.93.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat