Bursa Malaysia Catat Rekod Cecah Paras Tertinggi 11 Bilion

644

Indeks saham Bursa Malaysia semalam menyaksikan lonjakan sebanyak 59 sen atau 7.38% kepada harga harian tertinggi, RM8.59 setelah jumlah dagangan sekuriti di seluruh bursa saham mencapai paras tertinggi 11.81 bilion unit pada Rabu.

Pada tengah hari, harga saham melonjak kepada RM8.43, masih tinggi 43 sen atau 5.38% sejak penutupan pada Rabu.

Ini menjadikan kaunter Bursa mencatat keuntungan tertinggi dengan permodalan pasaran pada harga RM6.89 bilion.

Menurut Bloomberg, pada 4 Jun lalu saham berjaya cecah nilai RM8.40, mencatatkan rekod terbaru tertinggi. Bagi dagangan untuk tempoh bermula awal tahun (year-to-date) pula, saham telah meraih 41% dari RM5.98 pada 31 Disember 2019.

Jumlah dagangan di bursa hadir pada 7.07 bilion unit dengan nilai RM2.41 bilion pada jam 3 petang semalam.

Manakala pada Rabu, jumlah dagangan meningkat hingga 11.81 bilion unit dengan nilai RM 4.36 bilion berikutan daripada kenaikan penny stock.

Faedah dagangan yang meningkat sejak akhir-akhir ini berikutan daripada kadar faedah yang rendah, menjadikan hasil simpanan tetap konvensional kurang menarik.

Disebabkan faktor tersebut, akan lebih banyak pelabur mengalihkan dana mereka ke pasaran ekuiti untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat