Bursa Malaysia Dibuka Rendah Untuk Hari Kedua Berturut-turut

200

Bursa Malaysia terus mencatat aliran lemah untuk dibuka rendah hari ini berikutan ekuiti tempatan yang turut terjejas kesan perang dagangan dua negara ekonomi gergasi yang berterusan.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras turun 18.37 kepada 1,592.04 selepas dibuka rendah 17.57 mata kepada 1,592.84.

Sentimen dagangan negatif menyaksikan 550 kaunter rugi dan 32 kaunter untung, 125 kaunter tidak berubah, 1,180 kaunter tidak diniagakan dan 19 kaunter lain digantung manakala jumlah dagangan sebanyak 307.2 juta unit bernilai RM157.84 juta.

Tindakan Beijing membenarkan yuan jatuh ke paras serendah 7.0 berbanding dolar pada Isnin berikutan pengenaan tarif terbaru ke atas eksportnya dilihat sebagai tindak balas terhadap ugutan Trump menyebabkan Amerika Syarikat melabel China sebagai pemanipulasi mata wang.

Antara saham yang mengalami kerugian di bursa tempatan adalah Hong Leong turun 42 sen kepada RM17.24, Public Bank jatuh 34 sen kepada RM17.32 dan Nestle susut 80 sen kepada RM146.60.

Bagi pasaran luar, Indeks Nikkei Jepun turun 2.3% manakala Indeks Kospi Korea Selatan susut 1.7%.

Pasaran lain yang belum dibuka dijangka juga akan menurun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat