Bursa Malaysia Ditutup Rendah

216

Sesi dagangan Bursa Malaysia hari ini diakhiri dengan lebih rendah apabila indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 0.44%.

Pada 5.05 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.09 mata kepada 1,604.7 selepas mengalami turun naik sepanjang sesi dagangan hari ini antara 1,611.48 dan 1,602.8.

Kedudukan pasaran menyaksikan kaunter rugi 499 mengatasi kaunter untung 313 dan 402 kaunter tidak berubah dengan jumlah dagangan 2.57 bilion saham bernilai RM2.55 bilion.

Genting Malaysia (GenM) berhadapan tekanan ke atas pasarannya berikutan cadangan syarikat tersebut untuk mengambil alih Empire Resorts. GenM jatuh 43 sen kepada RM3.18 manakala Genting Bhd susut 47 sen kepada RM6.18.

Public Bank juga mengalami penyusutan sebanyak 32 sen kepada RM21.28.

Antara saham yang meraih keuntungan di bursa tempatan adalah Nestle naik 70 sen kepada RM148 dan F&N naik 60 sen kepada RM34.50.

Sementara itu, pasaran Asia terus memaparkan sentimen negatif walaupun dilihat stabil pada sesi awal dagangan berikutan langkah China menetapkan yuan pada paras yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan.

Indeks Komposit Shanghai susut 0.32%, dan Nikkei Jepun turun 0.33%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat