Bursa Malaysia Diunjur Lepasi Paras 1,620

188

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan indeks utama susut 0.55%, seiring dengan prestasi Wall Street semalaman yang lemah.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 8.87 mata kepada 1,602.41 daripada 1,611.28 ketika ditutup semalam.

Bernama melaporkan, indeks itu dibuka 5.13 mata lebih rendah kepada 1,606.15.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 235 berbanding 226, manakala 313 kaunter tidak berubah, 1,425 kaunter tidak diniagakan dan 93 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 448.70 bilion saham bernilai RM285.92 bilion.

Penyedia indeks, FTSE Russell mengumumkan akan mengeluarkan Malaysia daripada Senarai Pemantauan bagi potensi pengkelasan semula tahap ketercapaian pasaran daripada ‘2’ kepada ‘1’ dan akan dikekalkan dalam senarai Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd, walaupun indeks utama akan mengalami beberapa cabaran dengan 1,615 sebagai paras rintangan segera, laporan bahawa Malaysia akan dikekalkan dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE dijangka meningkatkan minat pembelian.

“Oleh itu, kami menjangkakan dana asing mengekalkan aliran masuk mereka, sekali gus indeks utama mungkin cuba untuk melepasi paras 1,620 hari ini,” jelasnya dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.39 dan RM4.24, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing naik dua sen kepada RM8.12 dan RM5.32, sementara Hong Leong Bank tidak berubah pada RM18.80, TNB turun dua sen kepada RM10.32 dan CIMB kurang satu sen kepada RM4.43.

Bagi kaunter aktif, Berjaya Corp naik satu sen kepada 34.5 sen, Solution Group menambah tiga sen kepada RM1.38, Widad turun enam sen kepada 59.5 sen, sementara AirAsia kurang lima sen kepada RM1.08 dan AirAsia X susut setengah sen kepada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 45.05 mata kepada 11,789.77, FBM 70 kurang 1.19 mata kepada 15,600.6, FBMT 100 merosot 47.12 mata kepada 11,458.86, FBM ACE menguncup 39.34 mata kepada 10,444.75 dan FBM Emas Shariah susut 76.55 kepada kepada 13,057.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.27 mata kepada 15,431.38, Indeks Perladangan menokok 2.72 mata kepada 7,099.18, manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.37 mata kepada 192.49.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat