Bursa Malaysia ‘Hangat’ Tarikan Pelabur, Petunjuk Kadar AS Dorongan Utama

137

Bursa Malaysia kekal tinggi pada pertengahan Khamis sejajar dengan tarikan positif pelabur terhadap kemungkinan penurunan kadar AS yang semakin meningkat pada September.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.25 mata kepada 1,624.63 daripada 1,618.38 pada Rabu.

Indeks dibuka 2.78 mata lebih tinggi pada 1,621 dan ia bergerak antara 1,621.10 hingga 1,628.35 sepanjang sesi.

Jumlah dagangan saham sebanyak 3.038 billion yang bernilai RM2.117 billion.

Firma Penyelidikan Malacca Securities menjangkakan minat belian akan kekal kukuh hasil sokongan prestasi di Wall Street.

Selain itu, komen daripada Jerome Powell dalam ucapan testimoni separuh tahunan menyatakan kebimbangan bahawa persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi mungkin memperlahankan pertumbuhan ekonomi telah meningkatkan selera dalam pasaran saham.

Walau bagaimanapun, para pelabur akan terus memantau data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada hari ini dan esok.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia kebanyakannya berada dalam wilayah positif kecuali Press Metal dan KLK.

Maybank pulih empat sen kepada RM10.06 manakala Tenaga Nasional, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing pada RM14.40, RM4.14 dan RM6.30. CIMB naik tujuh sen kepada RM7.16.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat