Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

191

Bursa Malaysia didagangkan lebih rendah pada tengah hari sehingga mencapai paras lebih rendah pada 1592.78 susut 22.27 mata daripada tahap sokongan utama 1,600.

Di pasaran, secara amnya kaunter rugi 663 mengatasi kaunter untung 122 dan 251 kaunter tidak berubah dengan perolehan sebanyak 1.012 bilion unit bernilai RM714.659 juta.

Antara saham yang mengalami kerugian adalah Public Bank turun 88 sen kepada RM20.64, Petronas Chemical susut 26 sen kepada RM7.13, Nestle sebanyak 50 sen kepada RM147.50 serta Maybank susut 5 sen kepada RM8.55.

Sentimen pasaran telah dilemahkan oleh beberapa faktor iaitu perang dagangan AS dan China, berlakunya protes di Hong Kong dan kejatuhan nilai mata wang peso Argentina menyebabkan pelabur beralih ke tempat selamat untuk melabur seperti bon, emas dan yen.

Aliran pelabur asing boleh berubah-ubah dan sangat reaktif terhadap sentimen pasaran global. Setiap tindakan yang berlaku boleh menjejaskan prestasi pasaran.

Berikutan daripada keadaan tersebut, Nikkei Jepun merosot 248.69 mata, Han Seng Hong Kong susut 479.07 mata manakala Indeks Strait Times Singapura dan Dow Jones masing-masing turun 25.63 mata dan 389.73 mata.

Sementara itu, MDIF melaporkan aliran keluar dana asing dalam pasaran ekuiti tempatan mencecah sehingga RM1.04 bilion pada minggu lepas berbanding RM601.2 juta pada minggu sebelumnya yang merupakan kenaikan terbesar dalam tempoh 12 minggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat