Bursa Malaysia Kekal Suram Pada Perdagangan Awal Minggu

97

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada permulaan dagangan minggu ini tetapi tidak dapat bertahan lama apabila dilihat kembali susut semula pada kemudiannya.

Faktor tersebut didorong oleh penutupan pasaran Wall Street di paras ketinggian terbaru pada Jumaat, disokong oleh keuntungan korporat yang kukuh serta sokongan bank pusat terhadap pasaran kewangan.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.35 mata kepada 1,519.09 berbanding 1,523.44 ketika ditutup pada Jumaat.

Lapor Bernama, indeks pasaran diperdagangkan 1.03 mata lebih tinggi kepada 1,524.47.

Menerusi pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 272 berbanding 185, manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,453 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 458.67 juta unit bernilai RM229.01 juta.

Malacca Securities mengatakan bahawa FBM KLCI menutup dagangan pada minggu ini dengan catatan negatif susulan prestasi wilayah yang bercampur-campur dek kerana peningkatan jangkitan Covid-19 yang mendadak di peringkat global.

Menurut firma broker, mereka berharap agar para pelabur lebih menumpukan perhatian kepada kadar vaksinasi yang sedang dilaksanakan dan telah kekal mencatat 400,000 dos suntikan sehari berbanding kadar jangkitan harian Covid-19.

Firma broker yakin dan percaya bahawa perkara terbabit secara tidak langsung akan membantu menstabilkan semula sentimen pasaran dan meningkatkan fokus pada pemulihan pasaran saham.

Perkembangan positif terhadap indeks Nasdaq mungkin bakal terus mengekalkan sinar kepada saham teknologi tempatan.

“Kaunter perladangan juga dijangka dapat meningkatkan keuntungan selaras dengan kenaikan harga CPO di tengah-tengah kebimbangan terhadap output yang lebih lemah,” tambah firma broker.

Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM8.03 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM5.76.

Maybank, Public Bank dan TNB masing-masing tidak berubah pada RM8.03, RM4.02 dan RM9.73.

Melihat kepada saham aktif pula, SMTrack meningkat 3.5 sen kepada 11.5 sen, MAG Holdings naik satu sen kepada 20.5 sen, PUC naik dua sen kepada 17.5 sen, LYC Healthcare melonjak tiga sen kepada 34.5 sen, manakala waran XOX tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 15.12 mata kepada 11,163.0, FBM ACE ‘meroket’ 59.06 mata kepada 7,482.29 dan FBM 70 naik 28.92 mata kepada 14,750.23.

Indeks FBM Emas Shariah turun 18.26 mata pada 12,306.90 dan Indeks FBMT 100 susut 17.50 mata kepada 10,855.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 26.03 mata kepada 14,818.90, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.04 mata kepada 189.91 dan Indeks Perladangan turun 25.38 mata kepada 6,218.16.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat