Bursa Malaysia Melonjak Untuk Dibuka Tinggi

280

Pada jam 9.00 pagi ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 6.70 mata ke paras 1,537.71 berbanding hari sebelumnya pada 1,530.92 selepas mengambil isyarat pasaran Wall Street semalaman yang berlegar pada rekod tinggi berdasarkan keyakinan terhadap pendapatan korporat.

Ia dibuka 1.29 mata lebih tinggi pada paras 1,545.87.

Di pasaran meluas, keuntungan mengatasi kerugian sebanyak 229 berbanding 149 manakala sebanyak 249 kaunter tidak berubah, 1,648 lain tidak didagangkan dan 15 digantung.

Perolehan jumlah pada 222.85 unit bernilai RM 232.89 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan berikutan situasi lemah pada pasaran tempatan, sentimen dijangkan kekal negatif dalam tempoh terdekat tanpa sebarang petunjuk positif yang ketara dalam pasaran.

Tambahnya lagi, melihat pasaran Wall Street dalam aliran menaik, pulangan pembelian mungkin melimpah dek saham teknologi di pasaran tempatan.

Bagi pasaran komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) kekal berlegar di paras RM5,000 manakala harga minyak mentah sedikit tinggi.

Melihat trend ini, dijangka saham teknologi menjadi tumpuan memandangkan pulangannya yang berterusan.

Sambungnya lagi, mereka menjangkakan para pelabur mencari saham bertemakan pemulihan di bawah sektor pelancongan dan pengguna, manakala TA Win telah berjaya mendapat kontrak bernilai RM2.5 bilion dari POSCO Korea Selatan seterusnya merangsang minat dagangan dalam sektor logam.

Di antara industri berat, Maybank dan Petronas Chemicals bertambah 5 sen masing-masing ke RM8.04 dan RM8.40, Pulic Bank mengimbuh 2 sen ke RM4.06, Tenaga menaik 6 sen ke RM9.66 dan IHH HEALTHCARE kekal pada RM6.48.

Pada papan indeks, indeks FBM emas bertambah 47.58 mata ke 11,377.57, indeks FBMT 100 bertambah 43.42 mata ke 11,002.92, FBM 70 menigkat 39.16 mata ke 15,008.95, indeks FBM Emas Shariah mendapat 43.58 mata ke 12,409.65 dan FBM ACE naik 87.61 mata ke 7,055.49.

Dalam sektor aktif, indeks industri produk dan perkhidmatan mencanak 0.98 mata ke 203.12 dan indeks perladangan naik 14.94 mata ke 6,728.35.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat