Bursa Malaysia Perkenalkan Aplikasi Akses CDS – Bursa Anywhere!

442

11 Jun, Selasa – Bursa Malaysia Bhd telah melancarkan secara rasmi aplikasi mudah alih baharu, Bursa Anywhere. Aplikasi ini merupakan aplikasi perkhidmatan elektronik depositori mudah alih pertama di rantau Asia Tenggara yang membolehkan para pelabur mengakses perkhidmatan depositori pusat (CDS) di mana-mana dan pada bila-bila masa saja.

Bursa Anywhere akan menjadi pusat sehenti bagi pelabur runcit untuk menguruskan semua perkara melibatkan akaun CDS mereka. Berita ini merupakan berita baik terutama untuk para perlabur runcit. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Muhamad Umar Swift berkata ketika ini, nisbah antara pelabur institusi dan runcit dalam pasaran ekuiti Malaysia berada pada 75:25.

Dengan aplikasi ini, Bursa Malaysia Bhd menyasar menarik lebih ramai pelabur runcit dengan harapan nisbah 70 peratus bagi pelabur institusi dan 30 peratus bagi pelabur runcit bagi tempoh jangka panjang.

Bursa Anywhere membolehkan para pelabur berdaftar menyemak baki pegangan saham di dalam akaun CDS dan nilai pasaran selain akses serta muat turun penyata akaun bagi 12 bulan.

Menurut Datuk Muhamad Umar Swift, “Kami menyasarkan untuk menyampaikan pengalaman terbaik kepada kira-kira dua juta pemegang akaun CDS dengan menyediakan akses kepada maklumat, pergerakan dan trend diperlukan yang akan membuka peluang baharu kepada mereka”.

Bursa Anywhere kini telah boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store dan boleh digunakan oleh pendeposit individu sebaik mendaftar perkhidmatan itu. Bukan sekadar itu, pendaftaran bagi mengakses aplikasi Bursa Anywhere adalah percuma.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat