Bursa Malaysia Pulih Pada Tengah Hari

239

Bursa Malaysia bangkit pada tengah hari daripada jualan awal pagi memandangkan para pelabur mula lega selepas bank pusat Beijing menetapkan penetapan yuan yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.07 mata kepada 1,610.34 pada 12.30 tengah hari tadi manakala jumlah dagangan sebanyak 1.91 bilion unit bernilai RM1.32 juta.

Keadaan pasaran kekal negatif pada 572 kaunter rugi mengatasi 267 kaunter untung dan 359 kaunter tidak berubah.

Dua daripada penurunan mendadak di KLCI ialah Axiata, susut 11 sen kepada RM4.83, dan Hong Leong Bank turun 40 sen kepada RM17.26.

Penurunan ini diimbangi oleh kenaikan kukuh dalam Petronas Chemicals, menambah 17 sen kepada RM7.40 dan Tenaga Nasional, meningkat 14 sen kepada RM13.92.

Ketika Indeks Dow Jones susut hampir 770 mata susulan kebimbangan terhadap perang dagangan AS dan China, berlaku aktiviti penjualan semalaman secara besar-besaran di Wall Street menyebabkan prestasi pasaran pada hari ini tidak menentu.

Boleh dikatakan pasaran Asia mengalami permulaan hari yang sukar di mana hampir kesemua pasaran dibuka rendah pada sesi pagi namun mulai pulih menjelang sesi tengah hari.

Indeks Nikkei Jepun mengecilkan kerugian kepada 0.9% selepas jatuh sebanyak 2.7% pada awal perdagangan. Pergerakan harga yang sama dilihat dalam indeks Kospi Korea Selatan, pada 0.5% menjelang tengah hari.

Pasaran China bagaimanapun gagal memperoleh kembali momentum positif dengan Indeks Komposit Shanghai turun 2.4% dan Indeks CSI300 susut 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat