Bursa Malaysia Tewas Dari Posisi Puncak, Akhirnya Tersungkur Di Bawah 1,600 Mata!

366

Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis susulan aktiviti pengambilan untung yang meriah sejak awal minggu.

Pada jam 2.15 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 8.12 mata kepada 1,591.67 daripada 1,599.79 ketika ia ditutup pada Rabu semalam. Ini menunjukkan indeks mula akur merosot di bawah paras 1,600 sejak ia kekal tinggi sejak awal Mei.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.52 mata lebih rendah kepada 1,596.27.

Sentimen pasaran menyeluruh memaparkan negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 280 berbanding 173. Manakala, 326 kaunter tidak berubah, 1,633 kaunter tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 422.43 juta unit yang bernilai RM150.26 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI menunjukkan keadaan tidak banyak berubah dan ia turun di bawah paras psikologi 1,600 ekoran aktiviti pengambilan untung yang berterusan.

Beliau terkejut dengan kekurangan minat belian berlaku di bursa tempatan sejak akhir-akhir ini kerana dijangkakan beberapa pembelian semasa saham murah sekarang ini kerana indeks sudah berada di bawah paras 1,600.

Katanya lagi, mereka percaya keadaan pasaran masih positif dan menjangkakan indeks itu berada dalam aliran 1,600 hingga 1,610 dengan minat terhadap kaunter bank dan telekomunikasi.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi menunjukkan prestasi bercampur dengan AMMB (AmBank) susut 4.0 sen kepada RM4.15, YTL Corporation turun 6.0 sen kepada RM3.52, Petronas Gas (PetGas) merosot 30 sen kepada RM17.56, Tenaga Nasional berkurang 10 sen kepada RM13.76, dan Axiata Group lemah 4.0 sen kepada RM2.68.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.92 mata kepada 12,245.12, Indeks FBMT 100 turun 46.51 mata kepada 11,820.99 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 44.74 mata kepada 12,590.13.

Indeks FBM 70 susut 35.08 mata kepada 17,896.00, dan Indeks FBM ACE turun 23.33 mata kepada 5,772.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 55.45 mata kepada 17,421.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.10 mata kepada 197.50, Indeks Tenaga kurang 1.18 mata kepada 982.20, dan Indeks Perladangan menambah 3.24 mata kepada 7,006.41.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat