Bursa Masih ‘Bertenaga’ Tapi Siapa Yang ‘Menggerakkan’ Rali Ini?

165

Minat belian pada saham tenaga, pengangkutan dan logistik memacu rali pada bursa tempatan, mengiringi prestasi rakan serantau lain.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 5 mata pada 1,447.12 sebelum naik 0.68 mata pada 1,442.80 berbanding penutupan Isnin pada 1,442.12.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 162 atasi kerugian pada 96, manakala 218 kaunter pula tidak berubah, 1,839 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 168.82 juta unit bernilai RM43.16 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, berpandukan prestasi semasa tidak mustahil KLCI bergerak ke paras antara 1,430-1,450 hari ini walaupun pasaran serantau berada dalam ketidaktentuan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Dialog Group Bhd kekal pada RM2.07, Petronas Gas Bhd tambah 20 sen pada RM17.20, Press Metal Aluminium Holdings Bhd naik 3 sen pada RM4.43, Axiata Group Bhd canak 2 sen pada RM2.88 dan Hong Leong Bank Bhd canak 8 sen pada RM20.68.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd kekal 9 sen dan Zen Tech International Bhd mendatar 3 sen sementara Velesto Energy Bhd dan Bina Puri capai 0.5 sen pada 13.5 sen dan 3 sen manakala EA Holdings Bhd susut 0.5 sen pada 1 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 1.59 mata pada 10,246.48 dan indeks FBM Emas Shariah lonjak 9.56 mata pada 10,371.42 sementara FBM 70 kuncup 21.19 mata pada 12,172.14, indeks FBMT 100 turun 0.41 mata pada 9,978.62 dan FBM ACE junam 21.71 mata pada 4,928.12.

Segi sektor, indeks Tenaga tambah 4.54 mata pada 732.66, indeks pengangkutan dan logistik lonjak 5.04 mata pada 858.31, indeks Produk serta Perkhidmatan canak 0.35 mata pada 174.66 dan Perladangan lonjak 32.20 mata pada 6,857.19 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan susut 4.67 mata pada 16,097.47.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat