Bursa Melantun Semula Selepas Dibuka Rendah

94

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.22 mata pada 1,531.15 daripada penutupan hari Selasa pada 1,525.93.

Indeks dibuka lemah 0.03 mata pada 1,525.90.

Bursa dibuka rendah sebelum melantun semula kemudiannya dengan sokongan minat belian pada wajaran tinggi terpilih menjelang penerbitan beberapa data ekonomi minggu ini.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 130 mengatasi kaunter rugi pada 121, manakala 213 kaunter pula tidak berubah, 1,810 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 140.64 juta unit bernilai RM61.89 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan dagangan kekal perlahan di bursa tempatan menjelang penerbitan data kadar pengangguran Malaysia, keputusan kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) dan data inflasi dari China serta Amerika Syarikat (AS).

Sungguh pun begitu, berdasarkan lonjakan pada Wall Street semalaman mereka menjangkakan pelabur akan memberi perhatian kepada sektor teknologi.

Selain itu, mereka turut menyenaraikan sektor pengguna, REIT serta pengangkutan dan logistik.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd tambah 4 sen pada RM8.88, Public Bank Bhd capai 2 sen pada RM4.54, Petronas Chemicals Group Bhd naik 9 sen pada RM9.95, IHH Healthcare Bhd lonjak 1 sen pada RM6.51 sementara CIMB Group Holdings Bhd hilang 1 sen pada RM5.05.

Saham aktif memperlihatkan LGMS Bhd maju 7.5 sen pada 57.5 sen, Dynaciate Group Bhd macu 1.5 sen pada 18.5 sen, Sapura Energy Bhd hilang 0.5 sen pada 4.5 sen sementara Impiana Hotels Bhd dan Serba Dinamik Holdings Bhd kekal 3 sen dan 11.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 29.33 mata pada 10,970.91, indeks FBMT 100 menambah 30.67 mata pada 10,660.23, indeks FBM Emas Shariah mencanak 38.07 mata pada 11,314.86, FBM 70 melonjak 15.09 mata pada 13,287.37 sementara FBM ACE menyusut 0.05 mata pada 5,249.83.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 30.24 mata pada 16,577.02, indeks Perladangan menambah 48.65 mata pada 7,835.57 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memulih 0.53 mata pada 197.66.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat