Bursa Melantun Semula Untuk Atasi Kerugian Sebelum Ini

181

Pada jam 9.53 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bertambah 9.86 mata pada 1,528.71 daripada penutupan Khamis pada 1,518.85 yang dipacu oleh minat pembelian baharu pada saham wajaran tinggi terpilih.

Indeks dibuka 3.84 mata lebih tinggi pada 1,522.69.

Di pasaran meluas menyaksikan kerugian atasi keuntungan dengan 218 berbanding 129 manakala 267 kaunter tidak berubah, 1,678 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Perolehan jumlah pada 765.04 juta unit bernilai RM534.4 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan sentimen pasaran berada dalam keadaan berjaga-jaga dan pemulihan ekonomi berada di landasan yang baik dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa yang dijangkakan pada 1 Januari 2022.

Saham wajaran berat menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) menaik 7 sen pada RM8.07, Public Bank dan Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) meningkat 1 sen pada RM4.03 dan RM8.31 masing-masing sementara IHH Healthcare Bhd menurun 2 sen pada RM6.44 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) menyusut 1 sen pada RM9.62.

Saham aktif memperlihatkan NWP Holdings Bhd naik 2 sen pada 35.5 sen dan Dagang NeXchange susut 0.5 sen pada 82.5 sen sementara Kanger International Bhd dan Tanco Holdings Bhd kekal pada 3.5 sen dan 27 sen masing-masing.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 66.46 mata ke 11,307.56, indeks FBMT 100 bertambah 67.51 mata ke 10,944.75, indeks FBM Emas Shariah menaik 85.86 mata pada 12,319.40 manakala FBM ACE mencanak 221.16 mata pada 6,979.44 dan FBM 70 melonjak 80.27 mata pada 14,954.04.

Indeks Industrial Products and Services meningkat 0.67 mata pada 201.56, indeks Perladangan menyusut 3.97 mata pada 6,612.12 dan indeks Perkhidmatan Kewangan bertambah 60.09 mata pada 15,178.34.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat