Bursa Mengekalkan Momentum Untuk Terus Dibuka Tinggi

140

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.07 mata pada 1,457.95 daripada penutupan hari Selasa pada 1,457.88.

Indeks dibuka kukuh 3.25 mata pada 1,461.13.

Bursa dibuka sedikit tinggi selepas menjejaki rali semalaman pada Wall Street apabila konsensus pasaran bergerak ke arah inflasi pada suku mendatang.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 164 mengatasi kaunter rugi pada 113, manakala 235 kaunter pula tidak berubah, 1,763 tidak didagangkan dan 19 digantung.

Jumlah perolehan pada 220.19 juta unit bernilai RM99.86 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pelabur sedang menimbang risiko kemelesetan daripada peningkatan inflasi dunia, mendorong penggunaan strategi ‘penjualan dalam trend’.

Selain itu, terdapat juga pengumuman mengenai penghapusan harga siling ayam dan telur yang berkuatkuasa Julai 2022, menawarkan sedikit penangguhan bagi sektor ayam itik.

Dalam pada itu, pembrokeran itu menjangkakan pelabur mungkin memilih saham teknologi ekoran minat belian mungkin muncul daripada rali semalaman Wall Street.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 2 sen pada RM8.63, Public Bank Bhd turun 1 sen RM4.46 dan CIMB Group Holdings Bhd hilang 4 sen pada RM4.92 sementara Petronas Chemicals Group Bhd kekal pada RM9.50 dan IHH Healthcare Bhd tambah 1 sen pada RM6.50.

Saham aktif memperlihatkan Top Glove Corp Bhd dan Country Heights Holdings Bhd naik 1 sen pada RM1.09 dan 11.5 sen sementara TWL Holdings Bhd kekal pada 7.5 sen, SFP Tech Holdings Bhd turun 2 sen pada 67.5 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) kurang 1 sen pada 79 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah mengukuh 5.18 mata pada 10,572.73 dan FBM 70 mencapai 32.04 mata pada 12,584.47 sementara indeks FBM Emas melemah 6.31 mata pada 10,388.53, FBM ACE menurun 2.44 mata pada 4,822.54 dan indeks FBMT 100 mengurang 7.52 mata pada 10,123.78.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan melemah 38.29 mata pada 16,120.89 dan indeks Perladangan menghilang 11.59 mata pada 7,103.38 sementara indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengukuh 0.25 mata pada 186.61.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat