Bursa Menyusut Ke Paras Bawah 1,500 Mata Seiring Prestasi Wall Street

193

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.68 mata pada 1,499.03 daripada penutupan hari Rabu pada 1,509.71.

Indeks dibuka lemah 4.03 mata pada 1,505.68.

Bursa dibuka rendah pada pengakhiran minggu, mencerminkan penyusutan saham-saham di Wall Street dan bon kerajaan menjelang data harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang menggusarkan para pelabur dalam pasaran.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 244 mengatasi kaunter untung pada 66, manakala 182 kaunter pula tidak berubah, 1,782 tidak didagangkan dan 22 digantung.

Jumlah perolehan pada 98.3 juta unit bernilai RM77.13 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menerangkan KLCI mengalami penyusutan 6 sesi berturut semasa berlakunya kelemahan pasaran serantau disebabkan kerugian panjang sejak Januari 2022 sungguh pun mencatat kadar jualan runcit yang kukuh pada April.

Ia ditambah lagi dengan peningkatan kadar pengangguran yang merosot bawah 4%.

Selain itu, pelabur yang kekal berhati-hati menjelang terbitan data CPI AS dan jangkaan kenaikan kadar oleh Bank Pusat Eropah (ECB) juga menjadi faktor kepada penurunan minat terhadap saham.

Maka, mereka meramalkan pelabur mungkin mengintai peluang di sektor pengguna, REIT dan perbankan dalam tempoh terdekat.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd turun 1 sen pada RM8.79, Public Bank Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd susut 5 sen pada RM4.52 dan RM5.02, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 8 sen pada RM9.56 dan IHH Healthcare Bhd gugur 3 sen pada RM6.37.

Saham aktif memperlihatkan Genting Bhd jatuh 20 sen pada RM5, Top Glove Corp Bhd kurang 3 sen pada RM1.19, Serba Dinamik Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 11 sen sementara LGMS Bhd capai 2 sen pada 73.5 sen dan Pertama Digital Bhd kekal pada 86.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas melemah 67.18 mata pada 10,774.5, indeks FBM Emas Shariah menyusut 66.58 mata pada 11,042.17, FBM 70 menurun 58.68 mata pada 13,167.51, FBM ACE mengurang 26.04 mata pada 5,143.9 dan indeks FBMT 100 merosot 67.9 mata pada 10,466.6.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 74.03 mata pada 16,447.68, indeks Perladangan menyusut 41.37 mata pada 7,624 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.26 mata pada 192.78.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat