Saham Asia naik tipis dalam pembukaan sesi dagangan hari ini. Hal ini didorong oleh peningkatan saham S&P 500 apabila bursa tersebut hampir mencatat rekod tertinggi.
Manakala Bursa Wall Street Dow Jones ditutup sedikit rendah berbanding hari sebelumnya. Nasdaq Komposit mencatat peningkatan 0.29%.
Indeks saham Nikkei Jepun, naik 0.8%, iaitu berada paras tertinggi sejak November 1991. Pada hari Isnin, pasaran Jepun tutup berikutan cuti. Peningkatan ini didorong oleh kenaikan saham Sony dan Sofbank Group.
Di bursa Korea,Indeks Kospi mengukuh 0.40% kepada 2.522. Saham Samsung mencatat keuntungan operasi sebanyak 15.1 trillion won pada suku tahun keempat.
Indeks ASX 200, juga naik iaitu sebanyak 0.23% kepada 6.144.
Bursa Malaysia juga mencatat peningkatan dalam pembukaan sesi dagangan apabila naik sebanyak 0.22%. 312 kaunter menunjukkan keuntungan.