Bursa Sambut Tahun Baru Cina Lebih Awal Dengan Catat Keuntungan

165

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menaik 1.16 mata pada 1,521.18 daripada penutupan Jumaat pada 1,520.02.

Indeks dibuka 0.3 mata pada 1,519.72.

Ia dibuka rendah sebelum melantun tinggi hasil dorongan oleh beberapa saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh IHH Healthcare dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 192 berbanding 135, manakala 161 kaunter pula tidak berubah, 1,760 tidak didagangkan dan 52 digantung.

Jumlah perolehan pada 109.91 juta unit bernilai RM54.79 juta.

Naib Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pasaran serantau akan kekal tidak menentu (volatile) menjelang cuti sambutan perayaan tahun Baru Cina.

Tambahnya lagi, bursa tempatan hanya akan didagangkan pada sebelah pagi sahaja maka mereka menjangkakan penyertaan pasaran agak rendah. Oleh itu, KLCI akan berlegar pada julat 1,515-1525.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia dibuka setengah hari sahaja harini dan akan ditutup selama 2 hari pada Selasa dan Rabu bagi sambutan Tahn Baru China.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan IHH Healthcare maju 5 sen pada RM6.45, Press Metal naik 4 sen pada RM6.13, Axiata Group Bhd tambah 3 sen pada RM3.77 dan Hong leong Financial Group Bhd kukuh 22 sen pada RM18.68.

Saham aktif memperlihatkan Daya Materials Bhd naik 0.5 sen pada 1 sen, Hibiscus Petroleum Bhd tambah 4.5 sen pada 99.5 sen dan Pertama Digital Bhd canak 2 sen pada 68.5 sen sementara AirAsia X Bhd turun 0.5 sen pada 4.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE susut 19.17 mata pada 6,039.86 sementara FBM 70 menokok 24.15 mata pada 13,385.36, FBM Emas tambah 5.97 mata pada 10,907.01, FBMT 100 kukuh 10.58 mata pada 10,617.74 dan FBM Emas Shariah capai 11.92 mata pada 11,592.51.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 0.06 mata pada 15,779.58, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.31 mata pada 200.72 dan indeks Perladangan melayu 21.810 mata pada 6,628.30.

Akhir kata dari saya dan Team Intraday.my, kami mengucapkan Selamat Tahun Baru China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat