Bursa Terkandas, ‘Jerung’ Pasaran Waspada Di Wilayah Merah

218

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.41 mata pada 1,455.42 daripada penutupan hari Isnin pada 1,464.83.

Indeks dibuka lemah 6.97 mata pada 1,457.86.

Bursa memasuki trend bearish mencerminkan sesi penjualan di Wall Street untuk dibuka rendah dengan pelabur kekal berhati-hati terhadap ketidaktentuan pasaran yang melanda ekuiti global.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 529 mengatasi kaunter untung pada 63, manakala 216 kaunter pula tidak berubah, 1,455 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sesi penjualan Wall Street mencerminkan kebimbangan pengetatan agresif bank pusat Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat polisi pada minggu ini.

Ia secara tidak langsung turut membuatkan pelabur tempatan berdagang dengan sentimen berhati-hati dan KLCI dijangka berlegar pada paras 1,450 ke 1,470 hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kurang 5 sen pada RM8.68, Public Bank Bhd hilang 3 sen pada RM4.48 dan Petronas Chemicals Group Bhd turun 10 sen pada RM9.56 dan IHH Healthcare Bhd kekal pada RM6.22.

Saham aktif memperlihatkan Unitrade Industries Bhd kurang 6 sen pada 26 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) tolak 2 sen pada 88.5 sen dan Yew Lee Pacific Group Bhd turun 0.5 sen pada 29 sen sementara Serba Dinamik Holdings Bhd dan Ta Win Holdings Bhd kekal pada 10 sen dan 8.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas merendah 83.48 mata pada 10,393.72, indeks FBM Emas Shariah menyusut 82.58 mata pada 10,598.07, FBM 70 menurun 136.75 mata pada 12,542.87, FBM ACE mengurang 79.64 mata pada 4,837.02 dan indeks FBMT 100 menolak 75.90 mata pada 10,116.49.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 120.96 mata pada 16,058.95, indeks Perladangan menyusut 60.43 mata pada 7,322.48 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melemah 1.90 mata pada 186.92.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat