Butiran Minit Mesyuarat RBA Bakal Dorong Kenaikan AUD/USD

366

Keyakinan pasaran terhadap perkembangan baik dalam penghasilan vaksin Coronavirus bakal terus memulihkan sentimen pasaran dan meningkatkan permintaan terhadap matawang yang berpulangan tinggi seperti dolar Australia.

Berbanding US dolar, dolar Aussie berjaya mengekalkan pengukuhan 3 hari berturut-turut menjelang minit mesyuarat bank pusat Australia yang diterbitkan pagi ini.

Meneliti butiran pada minit mesyuarat, Reserve Bank of Australia (RBA) sudah tidak lagi melihat keperluan untuk pelonggaran polisi lebih lanjut.

Pelabur bakal melihat nada hawkish oleh RBA ini akan mendorong pengukuhan semula dolar Aussie dalam pasaran.

Pergerakan harga pada carta AUD/USD masih dilihat bergerak membuat kenaikan walaupun kadar kenaikan sederhana dan tidak terlalu agresif. Sentimen pasaran semasa terus dipantau pelabur.

Harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend bullish harga.

Namun pelabur akan melihat sama ada harga mampu menembusi paras resistance 0.72400 yang diuji pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Jika harga berjaya melepasi zon resistance tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Januari 2019.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon RBS (resistance become support) pada 0.71800 akan kembali diuji untuk harga menentukan sama ada akan menyambung semula kenaikan atau turun lebih rendah.

Melepasi penurunan lebih rendah dari zon tersebut, zon support pada 0.70800 akan menjadi destinasi tumpuan yang seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat