Bybit Kripto Umum Kerjasama Dengan Pasukan E-Sukan NAVI!

294

Bursa perdagangan kripto yang terkenal dalan pasaran kripto, Bybit mendedahkan bahawa pihak mereka mengambil keputusan untuk menjalin kerjasama dengan kumpulan E-Sukan Ukraine,Natus Vincere (NAVI).

Berdasarkan laporan terbaru, Bybit bersetuju untuk terjun ke dalam dunia E-sukan dan hal ini dipercayai akan membuka lebih banyak peluang untuk kedua belah pihak.

Kedua-dua industri tersebut dalam proses langkah demi langkah merevolusikan sistem kewangan dan sistem sukan dengan memperkenalkan teknologi yang inovatif.

Bahagian daripada perjanjian yang dipersetujui itu, kedua-dua belah pihak akan bekerjasama untuk melaksanakan kempen-kempen yang dalam perancangan termasuk kempen amal. Selain itu, logo Bybit juga akan dipaparkan di jersi NAVI.

Bercakap mengenai perkembangan itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Bybit, Ben Zhou mengatakan,

“Pandemik Covid-19 telah mentransformasi gerak kerja dan konsep sesuatu perkara. Industri sukan dan kewangan telah berkembang dalam bentuk yang baru dengan lebih pesat melalui kehadiran E-sukan dan aset kripto.

Dengan lebih dari 2.5 juta pengguna, Bybit telah berjaya menempah nama dalam pasaran kripto dan memperluas jangkauannya dengan menjelajah ke dalam dunia E-sukan.

Ketua Pegawai Pemasaran NAVI, Alexander Pavlenko, juga mengulas dengan mengatakan:

“Saya percaya bahawa ini pasti akan berlaku. Aset kripto dan e-sukan mempunyai banyak persamaan. Kedua-duanya masih baru, sedang berkembang pesat dan sukar untuk dinidakkan. Dalam masa yang sama, kami ingin mewakili dunia e-sukan untuk peminat aset kripto.

NAVI kini merupakan salah satu pasukan E-sukan terbesar di dunia dengan 18.4 juta peminat. Justeru perjanjian ini secara amnya akan meningkatkan peluang jalinan kerjasama kripto di antara e-sukan dan kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat