Bye-Bye Semua! MATIC Dah Mula Meroket Dahulu

1,173

Senyuman terukir di wajah para pelabur kripto MATIC ketika kebanyakan mata wang kripto lain masih susut di mana harga MATIC telah melonjak melebihi 30% pada pembukaan pasaran minggu ini.

Siapa yang dapat menambah pegangannya di dalam kripto MATIC disaat kejatuhan yang dialami pada semalam sehingga ke paras harga $0.80 pasti sudah mula tersenyum kegembiraan.

Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong harga MATIC untuk gah dalam mencatatkan kenaikan dan diatas faktor ini telah menjadikan MATIC mampu untuk mengukuh secara bersendirian tanpa didominasi oleh pergerakan harga Bitcoin.

Pada carta pergerakan MATIC/USDT, dapat dilihat harga MATIC telah membuat penyusutan melebihi 70% setelah mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) pada 18 Mei lalu.

Menjelang pembukaan pasaran awal minggu ini, harga MATIC terus melonjak melebihi 30% dan kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $1.60.

Jika pergerakan harga terus menembusi zon SBR $1.60 tersebut, paras resistance yang pernah dicapai sekitar harga $2.00 bakal menjadi sasaran semula untuk kembali bergerak dalam trend bullish.

Untuk kenaikan yang lebih tinggi, paras ATH yang pernah dicapai sekitar harga $2.70 bakal diuji sebelum lonjakan melepasinya akan merekodkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) yang terbaru untuk 2021.

Namun sekiranya pergerakan harga tidak dapat menembusi paras SBR tersebut, penurunan harga mungkin akan kembali menguji paras $1.20 sebelum penurunan lebih rendah seterusnya bakal menguji pula paras sokongan sekitar harga $0.80.

Sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan, harga MATIC telah meningkat melebihi 30% dan sedang menguji zon SBR (support become resistance) $1.60. Mampukah momentum kenaikan ini dikekalkan?

Lihat gambar carta matawang kripto MATIC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat