Bye Bye Singapura! Bursa Kripto Luno Dah Tak Perlukan Awak!

1,734

“Agaknya kenapa Luno bertindak sebegini ye?”

Luno, anak syarikat Digital Currency Group (DCG) yang beribu pejabat di London sedang berada dalam proses menamatkan perkhidmatannya di Singapura sebagai sebahagian daripada penilaian semula strategi dan kehadiran global.

Ia bukanlah keputusan mudah, namun Luno akan sentiasa meneliti perkembangan Singapura susulan negara tersebut mempunyai potensi menerajui penggunaan mata wang kripto yang dapat membina sistem kewangan adil dan teguh.

Pada April 2022, pengawal selia kewangan di Singapura memberi kelulusan kepada Luno untuk tawarkan perkhidmatan kripto untuk pelabur tempatan, namun sekarang syarikat itu arahkan pelanggan keluarkan aset digital dan dolar Singapura mereka daripada wallet Luno sebelum 19 Jun.

Sebagai rekod, beberapa syarikat kripto seperti Coinbase dan Binance telah memohon lesen untuk beroperasi di Singapura yang dianggap sebagai sebuah negara mesra aset digital.

Namun, pasaran kripto di Singapura yang menemui beberapa kegagalan telah menjadi sebab negaranya mengambil pendirian lebih tegas, di mana badan pemantau kewangan ingin mengehadkan penyertaan runcit dalam kripto dan letakkan peraturan untuk penggunaan leverage.

Walaupun Luno meninggalkan Singapura, syarikat tersebut yang diasaskan pada 2013 dan diperoleh oleh DCG pada September 2020 telah mengembangkan perkhidmatannya di Afrika Selatan.

Luno turut mengecilkan saiz keseluruhan pasukannya sebanyak 35% selepas pasaran kripto secara berterusan mengalami kejatuhan yang sangat ketara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat