ByteDance Semakin ‘Cuak’, Trump Nak Sekat Tiktok Ahad Ini!

239

China perlu menyetujui perjanjian ByteDance yang akan ditandatangani dengan Oracle Corp untuk aplikasi TikToknya. Hal ini demikian kerana ianya akan merumitkan usaha mereka untuk menghentikan sekatan terhadap aplikasi berkenaan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Oracle telah mengemukakan cadangan kepada pentadbiran Trump yang akan membolehkannya menjadi rakan teknologi dalam aplikasi TikTok. Berdasarkan cadangan tersebut, TikTok Global akan menjadia salah sebuah syarikat yang beribu pejabat di AS.

Tetapi, Presiden AS Donald Trump pada hari Rabu telah mengemukakan pertanyaan mengenai rancangan ByteDance untuk menjaga kepentingan majoriti dalam operasi TikTok di AS dan mengatakan  beliau tidak setuju dengan idea syarikat China untuk mengekalkan kawalan, setelah 6 anggota parlimen Republik mendesaknya untuk menolak cadangan itu.

Selain itu, Trump mendedahkan bahawa beliau akan menyekat TikTok di Amerika Syarikat seawal hari Ahad sekiranya ByteDance tidak mematuhi undang-undang AS.

Walau bagaimanapun, China mendakwa bahawa penjualan secara langsung operasi atau teknologi TikTok tidak termasuk dalam cadangan ByteDance kepada Amerika Syarikat.

Namun, ByteDance enggan mengulas berkenaan isu tersebut.

Menurut ByteDance, kementerian luar negeri China mendesak Amerika Syarikat untuk menghormati prinsip ekonomi pasaran dan persaingan yang adil, dan berhenti mempolitikkan kerjasama ekonomi dan perdagangan yang normal. Oleh itu, sebarang perjanjian yang melibatkan syarikat negara itu, perlu mendapatakan persetujuan mereka.

Di samping itu, China telah mengemas kini peraturan kawalan eksportnya untuk mengemukakan pandangan mereka mengenai pemindahan teknologi seperti algoritma cadangan pengguna TikTok kepada pembeli asing.

Akan tetapi, sebuah laporan mendedahkan bahawa perjanjian Oracle tidak memerlukan ByteDance untuk memohon kebenaran daripada pihak berkuasa China untuk mendapatkan lesen eksport untuk algoritma TikTok.

Berikutan dengan isu hangat tersebut, ByteDance dan pengasasnya, Zhang Yiming telah menghadapi kritikan oleh masyarakat di China kerana didakwa menyerah kalah kepada AS setelah dilaporkan bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan penjualan operasi TikTok AS kepada Microsoft Corp. Bahkan, beberapa netizen mengatakan bahawa mereka akan berhenti menggunakan Douyin, iaitu aplikasi versi Cina yang dimiliki oleh ByteDance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat