Cabaran ‘Abenomics’ Walaupun Selepas Menang Pilihanraya Jepun

93

Minggu lalu, Perdana Menteri Shinzo Abe membuat kenyataan bahawa beliau akan mempercepatkan perlaksanaan polisi ekonomi beliau iaitu ‘Abenomics‘ bagi menjana kitaran ekonomi dan mencipta keadaan ekonomi yang merangsang peningkatan upah pekerja.

Abe yang merupakan pemimpin Parti Liberal Demokrat (LDP) mengatakan bahawa ”tumpuan utama ketika ini adalah bagaimana berhadapan dengan ancaman oleh Korea Utara dan kadar kelahiran yang semakin berkurangan. Pilihan raya akan datang akan mencerminkan masa hadapan negara.” kata beliau.

Beliau menekankan Abenomics yang dilaksankan selama 5 tahun telah mencipta 1.85 juta peluang pekerjaan dan banyak firma mencatat keuntungan yang tinggi.

Pada ketika ini, yang membantutkan pelan polisi ekonomi Abe adalah populasi yang semakin tua dan dalam masa yang sama kadar kelahiran yang lemah.

Justeru beliau telah mengusulkan tindakan pelan penyaluran hasil cukai pengguna yang akan ditingkatkan kepada 10 peratus pada tahun 2019 nanti dengan sebaik-baiknya.

Disebabkan itu Abe mengkritik polisi Parti Harapan, Kibo no To yang berencana untuk tidak melaksanakan peningkatan cukai pengguna.

Abe menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada menjadi perdanan menteri jika partinya LDP dan sekutunya Komeito gagal memperolehi 233 atau majoriti kerusi parlimen.

Pilihanraya Jepun kali ini akan berlangsung pada 22 Oktober iaitu kurang dari dua minggu lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat