Cadangan Had Harga G7 Tidak Cukup Untuk Seksa Rusia

160

Had harga yang dicadangkan negara G7 sebanyak $65-$70 setong ke atas minyak Rusia hanya akan memberi sedikit kesan ke atas pendapatan Moscow, menurut lima sumber industri.

Ini kerana, harga tersebut umumnya adalah sejajar dengan apa yang dibayar oleh pembeli Asia.

G7, termasuk Amerika Syarikat serta seluruh Kesatuan Eropah (EU) dan Australia merancang untuk melaksanakan had harga ke atas eksport minyak Rusia melalui laut mulai 5 Disember.

Matlamat negara-negara itu untuk mengenakan had harga adalah bagi mengurangkan pendapatan Kremlin untuk membiayai perangnya di Ukraine.

Ia juga dirancang bagi mengelakkan berlakunya gangguan besar kepada pasaran minyak global yang akan memacu harga lebih tinggi.

Sebagai konteks, Moscow telah meraih keuntungan besar daripada lonjakan harga komoditi dunia akibat pencerobohannya di Ukraine.

Eksport minyak dan gas diramalkan menyumbang 42% daripada pendapatan Rusia tahun ini pada $196 bilion, menurut kementerian kewangan negara itu.

Beralih kepada pasaran minyak semasa, niaga hadapan Brent susut lebih rendah pada $85 setong manakala WTI Amerika Syarikat turun pada $77 setong.

Sentimen menyuramkan akibat penularan Covid-19 di China yang semakin parah menyebabkan harga minyak lemah pada sekitar paras terendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat