Cadangan Untuk Adakan Pilihan Raya Ditolak, PM Johnson Cadang Gerakan Baru!

386

Ahli Parlimen UK sekali lagi menentang percubaan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal setelah permohonan penangguhan tarikh akhir Brexit selama tiga bulan dipersetujui oleh Kesatuan Eropah (EU).

Pada hari Isnin, 70 ahli parlimen UK mengundi menolak cadangan PM Johnson sementara 299 undian ahli parlimen memihak kepadanya. Hal ini menunjukkan beliau gagal mendapat sokongan ahli parlimen kerana undiannya tidak mencapai majoriti yang diperlukan untuk mengadakan pilihan raya.

Antara salah satu pihak yang menolak cadangan pilihan raya diadakan adalah Parti Buruh yang menyatakan hanya akan menyokongnya jika ancaman PM Johnson untuk meninggalkan EU tanpa perjanjian dihapuskan.

Beberapa ahli parlimen lain pula bimbang jika perjanjian tersebut tidak mendapat kelulusan parlimen, PM Johnson akan menangguhkan pilihan raya sehingga bulan Februari dan meningkatkan risiko untuk no-deal Brexit lebih tinggi menyebabkan timbul kebimbangan terhadap gangguan besar dalam ekonomi negara.

Susulan daripada kegagalannya itu, PM Johnson akan mencadangkan gerakan baru dalam Dewan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya awal yang memerlukan hanya satu undi dalam majoriti mudah untuk diluluskan di Parlimen.

Beliau akan mendapatkan sokongan daripada pihak pembangkang iaitu ahli parlimen Parti Liberal Demokrat dan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) dengan membuat rang undang-undang pendek iaitu ‘hampir sama’ dengan yang telah dicadangkan sebelum ini oleh kedua-dua pihak untuk mengadakan pilihan raya pada 9 Disember.

Sebelum ini, PM Johnson secara rasmi telah memungkiri janjinya untuk membawa keluar UK daripada EU pada tarikh akhir 31 Oktober dengan menerima tawaran EU untuk satu lagi penangguhan selama tiga bulan iaitu sehingga 31 Januari 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat