CAKE Yang Popular Tapi Tak Boleh Dimakan

448

PancakeSwap merupakan pertukaran tidak berpusat (decentralized exchange, DEX). Jika Uniswap yang terkenal di rangkaian Ethereum dan PancakeSwap pula adalah DEX yang terunggul di rangkaian Binance Smart Chain (BSC).

Dewasa ini PancakeSwap sangat popular dikalangan pelabur sebagai tempat jual dan beli Memecoin atau Shitcoin yang tumbuh bagai cendawan.

Dilancarkan pada 20 September 2020, PancakeSwap adalah pertukaran tidak berpusat bagi token BEP-20 dengan ciri penggunaan model automated market maker (AMM).

PancakeSwap juga ada menawarkan transaksi yang pantas dengan kos yang rendah jika ingin dibandingkan dengan projek-projek Defi yang dibangunkan di Ethereum, malah boleh dikatakan juga bahawa PancakeSwap sudah berjaya menyaingi SushiSwap dan Uniswap yang popular di rangkaian Ethereum.

CAKE merupakan ‘native token’ bagi pertukaran Pancakeswap ini.

Jika diteliti pada carta pergerakan harga CAKE/USDT, harga CAKE kelihatan masih berlegar-legar dan bergerak perlahan di dalam zon SBR (support become resistance) di sekitar harga $18 setelah melonjak daripada paras sokongan $10 pada 24 Mei lalu.

Sekiranya pergerakan harga kembali mengganas dalam membuat kenaikan, paras SBR seterusnya sekitar harga $26-$28 bakal menjadi paras tumpuan kepada para pelabur untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Jangkaan kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke paras SBR $36 dan bakal mencatatkan trend kenaikan yang jelas untuk menguji paras ketinggian sepanjang masa (ATH) $44 yang pernah dicatatkan pada penghujung dagangan April.

Namun jika pergerakan harga CAKE kembali mempamerkan corak penurunan, paras sokongan $10 yang pernah dicapai sebelum ini bakal diuji sekali lagi sebelum memberi isyarat sama ada zon tersebut mampu untuk menyokong semula lonjakan harga yang lebih drastik.

Sebaliknya jika penurunan harga terus melepasi paras sokongan $10, kemungkinan paras terendah yang terbaru bagi CAKE/USDT untuk dagangan 2021 bakal tercipta.

Setakat jam 10.30 pagi waktu tempatan, harga CAKE sedikit menyusut sebanyak 0.70% untuk didagangkan di paras harga sekitar $17.

Lihat gambar carta matawang kripto CAKE/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat