Calon Perdana Menteri Kanada Yang Baru Adalah Penyokong Kripto

149

Parti Konservatif, pihak pembangkang utama Kanada melantik Pierre Poilievre iaitu ahli politik berusia 43 tahun sebagai pemimpin baharunya.

Sebagai konteks, beliau merupakan penyokong setia Bitcoin (BTC) dan pengkritik bank pusat yang didakwa memburukkan inflasi negara.

Buktinya, Poilievre sebelum ini pada Mac lalu pernah membeli shawarma dan membayarnya menggunakan aset digital BTC dan menderma BTC ($100) kepada “British Columbia Society for the Prevention of Cruelty to Animals”.

Awal tahun ini, beliau mengkritik tindakan pentadbiran Justin Trudeau kerana mengarahkan institusi kewangan membekukan akaun bank dan platfrom kripto tempatan semasa beribu-ribu rakyat Kanada membantah sekatan pandemik kerajaan.

Tamsilnya, akaun bank dan aset digital milik pemimpin pergerakan anti -vaksin Kanada telah disekat, dan ini merupakan tindakan yang tidak wajar kerana BTC serta altcoin dapat menjamin kebebasan kewangan orang ramai.

Dijelaskan, Poilievre akan menggantikan tempat Erin O’Toole semasa pemilihan kepimpinan Parti Konservatif kerana beliau memenangi 68% undian, manakala Jean Charest 16%.

Bukan itu sahaja, Pierre Poilievre dijangkakan akan menjadi Perdana Menteri Kanada baharu sekiranya Parti Konservatif memenangi pilihan raya pada 2025.

Hal ini kerana, beliau bermatlamat untuk melaksanakan pembaharuan dalam pelbagai sektor termasuklah membangunkan mata wang kripto di negara Amerika Utara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat