Capai Ketinggian 1.1000, EUR/USD Kembali Pamer Penurunan Susulan Sentimen Berisiko

0 856

US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula pada dagangan sesi New York semalam berikutan sentimen pasaran dilihat kembali berisiko.

Ini adalah susulan siri ketegangan pada hubungan antara Amerika Syarikat dan China semenjak Presiden A.S Donald Trump mula menuduh China menjadi punca tercetusnya wabak Coronavirus sehingga menyebabkan Amerika Syarikat terkesan teruk.

Susulan itu, pelbagai isu terus timbul yang dilihat berpotensi untuk menggugat perjanjian perdagangan fasa 1 yang dicapai sebelum ini.

Terbaru, China dilaporkan akan mengenakan peraturan keselamatan negara ke atas Hong Kong di mana telah mengundang amaran oleh Donald Trump yang mengatakan akan memberi reaksi tindak balas yang kuat untuk menentang perkara tersebut.

Pada carta harga pasangan matawang EUR/USD, harga menunjukkan kenaikan pada sesi Eropah berikutan pengukuhan Euro yang disokong oleh data ekonomi Eropah yang meningkat.

Namun, mencecah paras ketinggian 1.10000 yang menjadi zon resistance harga pada carta EUR/USD, harga kembali menjunam sekitar 70 pips dengan pengukuhan semula US dolar di samping data ekonomi AS yang diterbitkan baik.

Penurunan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan memberi isyarat awal perubahan kepada trend bearish.

Sesi Asia hari ini melihatkan pergerakan perlahan harga pada sekitar 1.09500 dan masih bergerak di bawah paras halangan MA50.

Harga dijangka akan meneruskan penurunan sehingga menuju ke paras 1.09000 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan lebih rendah akan kembali menuju paras-paras tumpuan minggu lalu sekitar 1.08200 atau zon support 1.07800.

Namun jika harga membuat kenaikan semula melepasi halangan MA50, zon resistance pada ketinggian 1.1000 akan kembali diuji semula sebelum harga mencatatkan paras ketinggian yang terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Anda mungkin juga berminat