Cari Punca Covid-19 Dalam Tempoh 90 Hari! – Biden

779

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan agensi perisikan negara itu agar menjalankan siasatan berhubung asal-usul penularan wabak Covid-19.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Biden menggesa kumpulan perisikan AS untuk melipat gandakan usaha mereka dan memberi laporan kepada beliau dalam tempoh 90 hari.

Tambah kenyataan itu, Biden telah meminta laporan mengenai asal-usul Covid-19 sebaik sahaja dilantik sahaja sebagai Presiden, termasuklah ‘sama ada virus itu menular daripada kontak manusia dengan haiwan berjangkit atau kemalangan makmal’.

Selepas menerima laporan itu pada bulan ini, beliau meminta agar ‘tindakan lanjut dilakukan’.

“Sehingga hari ini, Komuniti Perisikan AS telah memberikan dua senario yang mungkin berlaku tetapi belum mencapai kesimpulan yang pasti mengenai persoalan ini,” ujar Biden.

Ujar Biden lagi, AS akan terus bekerjasama dengan negara-negara di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada China agar memberikan kerjasama dalam penyelidikan antarabangsa berdasarkan bukti yang lengkap, telus serta memberikan akses kepada semua data dan bukti yang relevan.

Covid-19 pertama kali dikesan di bandar Wuhan, China pada akhir 2019.

Lebih 168 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia sejak itu dan sekurang-kurangnya 3.5 juta kematian direkodkan.

Pihak berkuasa AS sebelum ini mengaitkan kes awal Covid-19 dengan pasar makanan laut di Wuhan dan para saintis percaya wabak itu disebarkan kepada manusia menerusi haiwan.

Namun laporan media AS baru-baru ini menunjukkan bukti bahawa virus terbabit mungkin ‘dicetuskan’ dari makmal di China.

Beijing bagaimanapun mengecam laporan berkenaan dan mendakwa virus itu disebarkan dari makmal AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat