Catalonia Akan Umum Kemerdekaan Dari Sepanyol Pada Isnin

46

Catalonia dijangkakan akan mengumumkan kemerdekaan daripada Sepanyol pada Isnin depan selepas referendum mereka diharamkan. Penyisihan Catalonia daripada Sepanyol akan memberi impak buruk terhadap pengamalan demokrasi di Kesatuan Eropah.

Menurut Mireaia, pembuat dasar Catalan, deklarasi kemerdekaan itu harus melalui proses sesi parlimen pada hari Isnin bagi menilai keputusan undian pada 1 Oktober lepas.

Puigdemont, Presiden Catalan membuat kenyataan semalam di BBC, beliau akan mengisytiharkan kemerdekaan walaupun kerajaan Sepanyol dan mahkamah perlembagaan menyifatkan keputusan undian tersebut adalah tidak rasmi.

Tanpa menjelaskan pelan deklarasi kemerdekaan, beliau akan memberikan yang terbaik jika Catalonia mendapat kemerdekaan.

Walaubagaimanapun masih terdapat 43 peratus yang memboikot tindakan itu dan mereka masih ingin menjadi salah satu negeri di Sepanyol.

Kesan Kepada Pasaran Kewangan.

Selepas krisis itu terjadi di Sepanyol yang merupakan negara keempat terbesar dalam ekonomi Zon Eropah, ia telah mengugat matawang Euro dan memberi impak kepada pasaran bon dan saham Sepanyol. Selain itu, kos pinjaman oleh Madrid meningkat dengan mendadak dan mencapai paras tertinggi sejak Mac pada Rabu.

Saham bank IBEX jatuh dibawah paras 10 000 pada hari Rabu buat kali pertama sejak Mac 2015 yang menggambarkan tindakan berhati-hati pelabur di Sepanyol. Menteri Ekonomi juga cuba meyakinkan pendeposit wang di bank bahawa simpanan mereka adalah selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat