Catalonia: Benarkah Kesannya Besar Kepada Matawang Euro?

108

Ramai pihak di Catalonia melihat ekonomi mereka yang berkembang pesat sebagai indikasi kuat untuk menjadi negara berdaulat. Ditambah dengan kekecewaan terhadap kerajaan Sepanyol yang menyediakan bajet yang sedikit bagi daerah Catalonia di mana mereka berpendapat pembayaran cukai kepada kerajaan Sepanyol tidak memberikan hasil seperti yang diharapkan.

Apakah yang akan berlaku jika Catalonia keluar daripada Sepanyol?

1. Catalonia terpaksa berhadapan dengan kesukaran bagi mengendalikan sempadan dan beberapa perkara penting seperti cukai, urusan luar negara, keselamatan, pelabuhan, lapangan terbang dan kereta api yang kini dibawah kendalian kerajaan Sepanyol di Madrid.

2. Dalam masa yang sama Sepanyol akan kehilangan 20% sumber kewangan dari Catolonia.

3. Saat ini Catalonia masih mempunyai hutang dengan Sepanyol dan mengikut beberapa sumber, ia merupakan hutang terbesar mengikut ukuran wilayah. Jika Catalonia keluar dari Sepanyol, hutang dijangka akan ditingkatkan.

4. Catalonia mungkin menghadapi kesukaran dalam aliran pelaburan kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu jika memilih untuk keluar dari Sepanyol.

Kesan Kepada Matawang Euro

Dari segi kesannya kepada pasaran tukaran matawang (forex) khususnya matawang Euro, ia tidaklah sebesar seperti yang disangka oleh ramai orang di luar sana dengan mengambil kira situasi yang tidak terlalu meruncing ketika ini.

Antara sebab Euro tidak akan terlalu tertekan kepada hal ini adalah kerana, ia hanya isu domestik Sepanyol dan bukan isu bagi Kesatuan Eropah. Catalonia mahu keluar dari Sepanyol dan bukan Sepanyol yang keluar daripada Kesatuan Eropah. Jika Sepanyol yang mengadakan referendum untuk keluar daripada Kesatuan Eropah, sudah tentu kita melihat kejatuhan matawang Euro sebesar 300 pip dan ke atas.

Walaubagaimanapun, pasaran akan terus memerhatikan perkara ini dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada pasaran tukaran matawang forex khususnya Euro.

 

Catalonia antara pesaing rapat Madrid

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat