Catat Paras Ketinggian Terbaru, GBP/USD Akhirnya Tembusi $1.4200!

386

Positif buat mata wang pada minggu ini, perkembangan yang baik di UK terus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi di negara itu.

Dengan program vaksinasi yang berterusan, ekonomi UK dijangka akan pulih dan beroperasi sepenuhnya dalam tempoh yang terdekat.

Turut didorong oleh faktor penyusutan US dolar, Pound Sterling berjaya mencatatkan paras ketinggian terbaru pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan awal minggu ini.

Jika diteliti, harga sudah beberapa minggu menguji zon rintangan 1.42000 namun sukar untuk menembusinya sebelum berpatah arah semula.

Lonjakan harga melepasi zon tersebut disaksikan pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) berikutan sentimen pasaran semasa kekal berpihak kepada Pound untuk mendominasi berbanding US dolar.

Setakat jam 11.00 pagi waktu tempatan, harga telah berjaya mencapai kenaikan ke paras sekitar 1.42500, sedikit melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Februari lalu yang merupakan paras tertinggi pernah dicapai sejak April 2018.

Jangkaan kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju ke paras 1.43000 untuk terus mencatatkan paras tertinggi terbaru bagi tempoh dagangan 3 tahun.

Penurunan harga pula akan disokong pada paras 1.42000 yang akan membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru harga.

Jika harga turun lebih rendah semula pada zon tersebut, pelabur mungkin bersedia untuk penurunan lebih rendah harga menuju zon RBS 1.41000.

Seterusnya, harga yang kembali bergerak dalam trend bearish akan menuju pula ke paras tumpuan 1.4000 untuk diuji.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat