Cathie Wood ‘Rembat’ Saham Coinbase & Tesla Bernilai $24 Juta!

237

Sering kali nama disebut ramai orang, Cathie Wood, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Ark Invest kini dilaporkan membeli 297,000 saham Coinbase (COIN) bernilai $11.9 juta dan 75,000 saham Tesla Inc.

Wood sentiasa berani mengambil peluang keemasannya untuk membeli sejumlah saham COIN yang baru-baru ini menyusut ke paras terendah sepanjang masa pada $40 walaupun pasaran kripto kini sentiasa mempamerkan pergerakan volatile.

Terdahulu, saham COIN didagangkan pada paras harga $400, namun prestasinya tidak dapat dikekalkan pada beberapa bulan seterusnya apabila berlakunya pasaran bearish dan tidak dilupakan juga saham secara berterusan merosot 90% berbanding kemuncaknya.

Secara konteks, beliau merupakan penyokong tegar mata wang kripto yang telah membeli saham COIN beberapa kali dengan secara keseluruhannya memiliki 5.7 juta saham tersebut untuk syarikat penubuhannya Ark Invest.

Selain daripada menjadi penyokong kuat kripto, Wood turut menyaksikan minat yang mendalam terhadap Tesla dengan membeli sahamnya bernilai $11.7 juta sungguhpun ia junam dengan ketara ke paras $156.

Difahamkan juga bahawa syarikat exchanger kripto merupakan perniagaan berprofil tinggi pertama yang disenaraikan secara terbuka untuk didagangkan di Nasdaq pada tahun lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat