Cayalah Malaysia! 7 Syarikat Tempatan Ungguli Senarai Best Under Bilion 2022 Forbes

508

‘Jaga-jaga, mungkin lepas ni Intraday.my pulak yang bakal tersenarai, mana lah tahu kan.’

Majalah perniagaan dan usahawan, Forbes telah mengeluarkan senarai Asia’s Best Under A Billion 2022 pada 9 Ogos lalu dan 7 syarikat tempatan dilihat terpapar di dalamnya.

Sebagai pengetahuan, senarai yang diterbitkan secara tahunan tersebut adalah bertujuan untuk menggariskan 200 syarikat awam di rantau Asia Pasifik dengan jualan kurang $1 bilion dan pertumbuhan keseluruhan yang konsisten.

7 syarikat Malaysia yang tersenarai adalah;

  • CE Technology dengan nilai jualan $31 juta, pendapatan bersih $9 juta dan nilai pasaran $87 juta.
  • D&O Green Technologies dengan nilai jualan $204 juta, pendapatan bersih $27 juta dan nilai pasaran $1.13 bilion.
  • Greatech Technology dengan nilai jualan $97 juta, pendapatan bersih $34 juta dan nilai pasaran $1.1 bilion.
  • Kim Loong Resource dengan nilai jualan $410 juta, pendapatan bersih $33 juta dan nilai pasaran $425 juta.
  • Tashin Holdings dengan nilai jualan $94 juta, pendapatan bersih $15 juta dan nilai pasaran $43 juta.
  • UG Healthcare dengan nilai jualan $251 juta, pendapatan bersih $88 juta dan nilai pasaran $102 juta.
  • ViTrox dengan nilai jualan $164 juta, pendapatan bersih $41 juta dan nilai pasaran $1.68 bilion.

Menurut Forbes, cara penyenaraian adalah dengan mengenal pasti 20,000 syarikat dagangan awam di Asia Pasifik dengan jualan tahunan melebihi $10 juta dan di bawah $1 bilion kemudian 200 dipilih daripadanya.

Difahamkan pemilihan akan dibuat berdasarkan skor komposit yang menggabungkan rekod prestasi keseluruhan termasuk hutang, jualan dan pertumbuhan pendapatan setiap saham sepanjang tempoh 1 dan 3 tahun fiskal terkini.

Selain itu saringan kualitatif juga digunakan seperti mengecualikan syarikat yang mempunyai isu tadbir urus yang serius, perakaunan meragukan, kebimbangan alam sekitar, isu pengurusan atau masalah undang-undang.

Dalam pada itu, senarai tersebut memperlihatkan 75 syarikat kembali tersenarai seterusnya mencerminkan daya tahan dalam persekitaran yang cepat berubah.

Umum mengetahui bahawa konteks perbelanjaan kini sudah berubah seiring pengurangan sekatan Covid-19.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah memberi manfaat kepada pembuat pakaian, pengusaha pusat beli-belah, restoran, elektronik pengguna dan syarikat hiburan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat