CBDC Adalah Masa Depan Dunia! – Bank of America

284

“Ohh sebab tu la setiap negara sedang berlumba-lumba nak lancarkan CBDC sendiri.”

Bank of America (BofA) berkongsi pandangannya mengenai mata wang digital bank pusat (CBDC) dan stablecoin dengan berkata pembayaran menggunakan kedua-dua mata wang digital tersebut akan semakin berkembang pada masa hadapan.

Diperjelaskan lagi, CBDC merupakan wang tetapi cara dan pemindahan nilai mungkin berbeza dalam tempoh 15 tahun akan datang sementara CBDC didapati turut berpotensi membangunkan sistem kewangan secara global.

Secara umumnya, CBDC mengaplikasikan teknologi blockchain untuk tingkatkan kecekapan dan kurangkan kos manakala stablecoin adalah sejenis mata wang kripto yang nilainya disandarkan pada aset lain seperti dolar Amerika Syarikat (AS) atau emas.

Meskipun Bank of America masih tidak dapat mengenalpasti faedah dan risiko CBDC, mereka beranggapan CBDC mampu mempercepatkan lagi proses pembayaran selain daripada lonjakan pertumbuhan ekonomi.

Namun perlu diketahui bahawa CBDC juga mempunyai risikonya tersendiri, di mana ia mungkin mendorong persaingan dengan deposit bank dan ketidaksamaan sistem di setiap negara yang laksanakan CBDC.

Pun begitu, bank pusat mahupun kerajaan dijangka tetap akan menggunakan CBDC dalam jangka panjang untuk memacu inovasi aset digital dengan input daripada sektor swasta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat