CBDC AS Dan Stablecoin Boleh Wujud Bersama? Ini Penjelasan Powell Perlu Diketahui Pasaran!

778

Dalam ucapan Jerome Powell awal pagi hari Rabu, beliau telah menyentuh isu CBDC, stablecoin dan inflasi. Berdasarkan kenyataan beliau seolah-olah telah membalikkan salah satu daripada pendiriannya sebelum ini mengenai hubung kait antara CBDC dan stablecoin. Beliau memberi keterangan di hadapan kongres AS dengan mencadangkan bahawa kedua-duanya boleh diwujudkan bersama tanpa perlu menggantikannya.

Powell juga memberi lebih banyak input mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan dalam pengeluaran CBDC semasa ucaptama beliau pada hari Rabu. Senator Republikan Pat Toomey yang merupakan pendukung kripto mengemukakan persoalan adakah stablecoin akan disisihkan selepas pelancaran CBDC.

Jawab Powell agak ringkas iaitu, “Tidak, tidak sama sekali,”. Pemain pasaran menafsirkan ini sebagai nada yang kurang hawkish terhadap stablecoins berbanding dengan kenyataan Powell sebelum ini. Pada bulan Julai lalu, beliau mencadangkan bahawa antara fungsi CBDC adalah untuk menggantikan kripto termasuk stablecoin. Walau bagaimanapun, Powell tidak berniat untuk mengharamkan aset kripto lain secara langsung, menetapkan pendekatan kawal selia yang berbeza daripada China.

Namun begitu, stablecoin terus menerus menjadi topik hangat dalam kalangan pengawal selia. Kedua-dua pemimpin industri dan ahli kongres mengemukakan pandangan yang bercanggah mengenai perkara ini semasa perbicaraan bulan lalu. Industri menganggap stablecoin sebagai pelengkap kepada sistem kewangan. Disisi lain ada yang mencadangkan bahawa ia boleh menjadi ancaman kepada US dolar. Ada juga yang mengesyaki bahawa stablecoin boleh diklasifikasikan sebagai sekuriti.

Persoalan lain adalah mengenai utiliti praktikal stablecoin yang dikeluarkan secara persendirian dengan kewujudan CBDC. Walau bagaimanapun, pengeluaran CBDC nampaknya masih jauh. Powell sebelum ini telah menyatakan bahawa dia lebih suka “melakukan dengan betul daripada melakukannya dengan pantas,” dan ini secara tidak langsung memberikan ruang kepada Tether, Pax dan USDC untuk beroperasi tanpa CBDC.

Dalam jangka masa yang terdekat, the Fed dalam perancangan untuk mengeluarkan laporan terperinci mengenai kelebihan dan kekurangan pelaksanaan CBDC di Amerika Syarikat.

Mengenai topik yang paling banyak dibincangkan sejak akhir-akhir ini iaitu inflasi, dimana ia menjadi perkara yang paling utama the Fed sejak hampir mencapai 40 tahun, dimana inflasi berada di paras yang tertinggi pada bulan lalu. Powell berkata dengan inflasi yang jauh melebihi sasaran, ekonomi “tidak lagi memerlukan atau mahukan dasar yang lain”.

Pengerusi the Fed terus memberi isyarat bahawa Fed akan mengutamakan kenaikan kadar faedah secepat mungkin untuk memerangi isu itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat