Cecair Hitam Bergelora Menanti Mesyuarat OPEC+ Hari Ini

142

‘Agak-agak wakil Malaysia ada join sekali tak meeting tu?’

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan Sekutu termasuk Rusia (OPEC+) akan bermesyuarat pada 5 September dalam menentukan kuota pengeluaran minyak dunia.

Menurut sumber dalaman, OPEC+ dijangka mengekalkan kuota pengeluaran untuk Oktober sementara sumber lain pula mengatakan output akan dikurangkan bagi membantu lonjakan harga ekoran kebimbangan kelembapan ekonomi.

Inti pati mesyuarat akan membincangkan masalah pengurangan permintaan dan kepulangan minyak mentah Iran andai Tehran berjaya peroleh perjanjian kerja nuklearnya dengan kuasa dunia.

Sebagai pemahaman andai sekatan Tehran dilonggarkan, minyak mentah Iran akan menambah 1 juta tong sehari atau 1% daripada permintaan global.

Dalam pada itu, pengeluar utama OPEC iaitu Arab Saudi pada bulan lepas telah membentangkan kemungkinan pengurangan pengeluaran bagi menangani penurunan harga yang berlebihan.

Ia mencadangkan terdapat masalah bekalan minyak berterusan dengan negara OPEC menghasilkan output di bawah sasaran dan sekatan kuasa Barat mengancam eksport Rusia.

Bercakap tentang Rusia pula, negara itu dikatakan akan menghentikan pembekalan minyak kepada kuasa Barat yang menyokong idea sekatan semasa berlakunya konflik ketenteraan di Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat