Celcius Berhadapan Tuntutan Mahkamah! Didakwa Terlibat Dalam Skim Ponzi?

373

Pemberi pinjaman kripto Celcius berada dalam keadaan yang semakin tersepit apabila bekas pengurus aset Celcius telah menyamannya dan mendakwa bahawa Celcius adalah satu bentuk ‘Skim Ponzi’ yang rumit.

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan di mahkamah negeri New York di Manhattan, tuntutan mahkamah itu mendakwa bahawa Celsius menggunakan deposit pelanggan untuk menaikkan harga token CELnya sendiri, dan memanipulasi pasaran kripto yang lebih luas.

Namun kerana pihak mereka tidak dapat mengekang risiko dengan berkesan, pemberi pinjaman kini menghadapi masalah mudah tunai, dan telah dipaksa untuk membekukan pengeluaran.

Tuntutan itu difailkan oleh KeyFi, yang telah menguruskan aset untuk Celsius sehingga Mac tahun lepas. Tuntutan itu juga mendakwa bahawa pemberi pinjaman tidak membayar KeyFi untuk perkhidmatannya.

KeyFi mendakwa Celsius dimana Jason Stone- plaintif utama dalam kes itu, menyatakan bahawa beliau telah menguruskan hampir $2 bilion aset untuk Celsius dan semasa tempoh tersebut beliau menyedari hakikat bahawa Celsius tidak mempunyai pelindung nilai terhadap risiko.

“Pendedahan baru-baru ini bahawa Celsius tidak mempunyai aset untuk memenuhi obligasi pengeluarannya menunjukkan bahawa Defendan, sebenarnya, mengendalikan skim Ponzi,” dakwaan tuntutan mahkamah itu.

Stone telah memuat naik kenyataan dalam Twitter bahawa kekurangan pengurusan risiko yang konsisten oleh Celsius kini telah mengakibatkan masalah kecairan pemberi pinjaman.

Laporan terbaru mencadangkan Celsius telah mengupah peguam penstrukturan semula, dan kini dalam proses merundingkan potensi bangkrap. Celsius kini dalam proses menjelaskan bayaran kepada beberapa pemberi pinjaman. Platform tersebut baru-baru ini telah membayar hutangnya kepada Maker DAO.

Susulan selepas itu, Celcius telah memindahkan kira-kira $500 juta bernilai Wrapped Bitcoin ke FTX. Ini mungkin menunjukkan bahawa Celsius sedang bersedia untuk menjual token mereka bagi meningkatkan kecairannya. Walaupun senario sedemikian boleh membantu pemberi pinjaman mengelakkan kebankrapan, ia juga akan mengakibatkan kesan negatif terhadap harga Bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat