Celcom, Digi Bergabung Meletup!

794

Axiata Group Bhd mengumumkan bahawa pihaknya dalam perbincangan lanjut dengan Telenor Asia untuk menggabungkan operasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.Com Bhd.

Kedua-dua pihak akan memiliki nilai pemilikan yang setara iaitu kira-kira 33.1% .

Menurut Axiata menerusi makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu bersama-sama dana institusi tempatan, akan memiliki pegangan lebih 51% dalam syarikat gabungan yang dikenali sebagai Celcom Digi Bhd.

Tambah makluman itu, Datuk Mohd. Izzaddin Idris akan dilantik sebagai pengerusi manakala Mohamad Idham Nawawi bakal memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Selain itu, entiti gabungan tersebut akan terus disenaraikan di Bursa Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Axiata dan Telenor turut bersetuju untuk mewujudkan pusat inovasi bertaraf dunia bagi menjadi pemangkin transformasi digital Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), pembangunan 5G dan kemajuan teknologi lain.

Kedua-dua pihak akan berusaha menyelesaikan perjanjian berkenaan pada suku kedua 2021.

Saham Axiata melonjak sebanyak 2.7% atau 10 sen dalam tempoh 20 minit sebelum sesi dagangan ditutup semalam pada RM3.80.

Saham Digi.Com turut menunjukkan peningkatan dalam tempoh waktu yang sama semalam, meningkat 2% kepada RM3.75 daripada RM3.68.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat