CELR Tunjuk ‘Taring’ Dengan Kenaikan 2,300%!

529

Celer Network adalah penyelesaian penskalaan lapisan-2 yang dirancang untuk kelajuan dan throughput transaksi dalam menyediakan pengendalian transaksi off-chain.

Platform Celer menawarkan transaksi off-chain yang pantas dan selamat untuk pembayaran dan kontrak pintar (smart contract).

Projek ini juga merupakan yang pertama dibangunkan dengan menggunakan kerangka Substrat dan merupakan sebahagian daripada ekosistem Polkadot.

Senibina rangkaian Celer Network (cStack) dibina berdasarkan empat elemen:

  • cOS: Inti rangkaian yang menyediakan aliran kerja
  • cRoute: Mekanisme yang membolehkan peningkatan kapasiti operasi dengan memperkemaskanrute di dalam rangkaian
  • cChannel: Saluran untuk menghantar transaksi dalam rangkaian
  • cApps: Lapisan aplikasi ekosistem yang digunakan untuk penskalaan dan privasi pengguna.

Ketika pembukaan pasaran 2021, pergerakan harga CELR terus bergerak ganas untuk membuat kenaikan melebihi 2,300% dalam masa 3 bulan sahaja.

Peningkatan itu juga telah menyokong harga CELR untuk mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaharu sekitar $0.10 pada 28 Mac.

Namun pengukuhan tersebut tidak kekal lama setelah pergerakan harga CELR terus menyusut untuk kembali menguji paras sokongan $0.024.

Pada pergerakan pasaran Julai, harga CELR melonjak melebihi 30% untuk menuju ke paras SBR (support become resistance) sekitar $0.033 berdasarkan kepada carta CELR/USDT.

Tetapi harga tidak berjaya untuk menembusi paras SBR $0.033 tersebut dan kembali membuat penurunan yang berkemungkinan akan menguji semula paras sokongan $0.024.

Paras sokongan tersebut juga dilihat bakal dinilai semula untuk menyokong kembali lonjakan harga atau terus membuat penyusutan.

Sekiranya pergerakan harga dilihat berjaya meneruskan kenaikan, paras SBR $0.033 akan diuji semula sebelum mencapai paras harga yang lebih tinggi.

Zon SBR seterusnya sekitar $0.040-$0.042 bakal dituju dan akan memberi petunjuk awal trend bullish jika paras SBR tersebut berjaya ditembusi.

Setakat jam 5.30 petang waktu tempatan, harga CELR susut melebihi 3% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.027.

Lihat gambar carta matawang kripto CELR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat