CEO Binance Bongkar Ramalan Kripto 2023!

1,063

Yang lepas jangan dikenang kita move on je la, sekarang fokus tahun 2023.”

Mungkin kebanyakan individu turut merasai perasaan sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) yang meluahkan kesukarannya pada tahun ini berikutan Binance mengalami sedikit rintangan apabila pasaran kripto musnah.

Namun, CZ turut berpendapat bahawa pasaran kripto bakal pulih semula susulan terdapat perkembangan rangka kerja kawal selia dan pembangunan Web3 seperti metaverse, non-fungible token (NFT), DeFi serta GameFi.

Menurut pandangan beliau mengenai tahun 2022 dan jangkaan 2023 dalam blog rasminya yang bertajuk “A Letter From Our CEO: 2022, the Year of Resilience”.

Kebanyakan syarikat exchanger kripto seperti Terra, Celsius, Voyager dan FTX menghadapi kemusnahan pada tahun 2022 apabila harga kripto secara berterusan menjunam daripada paras tertinggi sepanjang masa.

Meskipun begitu, CZ berhasrat mengembangkan lagi perkhidmatannya ke negara lain, mengupah lebih ramai pekerja serta membangunkan Web3 dan blockcahin pada tahun 2023.

Selain daripada membantu tingkatkan penggunaan kripto dan Web3, beliau berbangga dapat tawarkan perkhidmatannya di beberapa negara pada tahun ini melalui kerjasama dengan pengawal selia.

Ulas CZ lagi, para pengguna tidak harus bimbang jika Binance bankrap ataupun terdapat sejumlah besar pengeluaran dana dalam tempoh sama ekoran syarikatnya memiliki lebih 100% rizab pada setiap aset digital tersebut.

Tambahan itu, beliau akan sentiasa bersikap optimistik menjelang 2023 dan mencari solusi sekiranya berlaku situasi seperti krisis FTX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat