CEO CIMB Investment Bank: Tawaran Bon Tempatan Dijangka Capai Paras Tertinggi

162

Pasaran bon di Malaysia dijangka akan mencapai paras tertinggi sejak lima tahun lalu pada 2017 disokong oleh keperluan pembiayaan projek infrastruktur, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) CIMB Investment Bank.

Tawaran bon dalam nilai ringgit termasuk sukuk (Islamic bond) dijangka meningkat ke paras RM80 billion sehingga RM90 billion tahun ini dari RM77.5 bilion tahun lalu, kata CEO CIMB Investment Bank Kong Sooi Lin.

Ini akan menjadi paras tertinggi sejak 2012 di mana tawaran bon ketika itu berjumlah RM116.8 billion dan merupakan paras kedua tertinggi sejak 10 tahun lalu.

“Kami merasakan pasaran bon akan melonjak. Ada banyak lagi projek infrastruktur yang akan berjalan di Malaysia,” kata Kong kepada Reuters.

Perbelanjaan infrastruktur di Malaysia telah meningkat sepanjang tahun lalu apabila Perdana Menteri Najib Razak meningkatkan momentum lonjakan ekonomi menjelang pilihanraya umum selewatnya pertengahan 2018.

Pada Rabu, China dan Malaysia terlibat dalam program pecah tanah projek ECRL yang akan meyambungkan laluan pantai timur dan barat semenanjung Malaysia bernilai $13 billion.

Projek ini akan dibiayai oleh pinjaman 85% dari Exim Bank China dan selebihnya melalui program tawaran sukuk yang akan diuruskan oleh bank-bank pelaburan tempatan.

Kong berkata, CIMB tertarik untuk terlibat dalam program ini.

Projek keretapi kelajuan tinggi yang menghubungkan Malaysia dan Singapura ini dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2026 yang akan melonjakkan terbitan bon, tambah Kong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat