CEO Dan Pengarah AirAsia Enggan Dibayar Gaji Demi Menampung Kos Operasi!

701

Akibat daripada penularan wabak coronavirus di seluruh dunia, kebanyakan negara telah mengambil inisiatif dengan menguatkuasakan perintah berkurung serta menyekat segala perjalan ke dalam atau ke luar negara. Oleh yang demikian, majoriti syarikat penerbangan telah terjejas. Begitu juga kerajaan Malaysia yang kini telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan lalu hingga 28 April ini. Sehubungan dengan itu, salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang terkemuka di negara kita, AirAsia Group Bhd kini telah berada di ambang kejatuhan apabila 96 pesawatnya tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Menurut pengasas bersama serta merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Dato Tony Fernandes berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu sudah kehilangan sumber pendapatan. Selain itu, syarikat tersebut didakwa masih memiliki komitmen kewangan seperti pembayaran pembekal bahan api dan isu pajakan.

Oleh yang demikian, syarikat itu terpaksa melaksanakan pemotongan gaji kakitangan antara 15% hingga 75% bahkan CEO dan Pengerusi AirAsia Group enggan menerima gaji mereka untuk menampung kos syarikat sebelum kembali beroperasi. Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan menegaskan bahawa akan sentiasa menjaga kebajikan kakitangan mereka yang sudah dianggap sebagai sebuah keluarga.

Pada hujung bulan lalu, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah menjangkakan industri penerbangan penumpang bakal kehilangan pendapatan sebanyak $252 bilion dolar (RM1.1 trilion) atau 4%  di bawah angka yang dicatatkan tahun lalu.

Menurut IATA, pengurangan pendapatan itu disebabkan sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara serta jangkaan kemelesetan ekonomi global.

Adakah empayar syarikat penerbangan tambang murah terkemuka di Malaysia ini akan runtuh begitu sahaja? Adakah anda masih berpeluang untuk terbang ke mana sahaja dengan tiket penerbangan yang murah dan berpatutan?

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat